Sambutan Maulidurasul SMA At-Tanwiriah 2015



Sambutan Maulidurasul tahun 2015 telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah pada 12 Mac 2015. Sambutan Malidurrasul ini dimulakan dengan perarakan pelajar-pelajar SMA Tanwiriah dengan pakaian yang ceria, berwarna-warni membawa sepanduk yang dilukis dan diwarnai oleh mereka sendiri.





















































Majlis dimulakan dengan perarakan maulidurasul dan kemudian diteruskan di dalam Surau Al Muttaqin SMA Tanwiriah Parit Jawa, Muar. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Al-Quran oleh salah seorang pelajar Tanwiriah. Kemudian bacaan berzanji dan selepas itu ramai-ramai berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.



























































Majlis diteruskan dengan Qasidah dan selepas itu ucapan oleh Pengetua SMA Tanwiriah, Ustaz Nazruddin bin Talib. Selepas ucapan daripada Pengetua, majlis menjemput penceramah jemputan, Ustaz Iskandar untuk menyampaikan ceramah beliau.Syarahan beliau bertajuk "Maulidurasul S.A.W, Meraih Syafaat Arrasul" di SABK At-Tanwiriah Muar sungguh menyeronokkan. Malangnya masa mencemburui beliau dan beliau terpaksa skip beberapa part untuk menghabiskan ucapannya.





























Setelah habis ceramah, jamuan disediakan untuk pelajar dan juga ibu bapa yang hadir. Guru-guru juga dijemput untuk menjamah makanan yang disediakan.











































Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Play video poker