Bantu, Bimbing, Fokus dan Faham atau dikenali dengan Program B2FF
ini merupakan satu program khusus yang dirangka dan dilaksanakan diluar waktu
sesi persekolahan formal. Program akan dilaksanakan pada hujung minggu mengikut
tarikh yang telah dirancangkan.
Melalui program ini, pelajar akan melaksanakan latih tubi terbimbing dan
kaedah hafaz dan tasmik untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi pencapaian
markah bagi 5 subjek yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Tasawwur Islam,
Sains, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.
Guru
dan pelajar perlu sama-sama berganding bahu dan membina kekuatan fizikal dan
mental khususnya dalam usaha untuk menguasai isi kandungan matapelajaran yang
diambil dalam peperiksaan SPM.
Klausa
saya dengar saya lupa, saya lihat saya ingat dan saya buat saya faham akan
digabungjalinkan dalam pendekatan pembelajaran guru supaya pelajar tidak lupa,
ingat dan faham isi kandungan pembelajaran.
0 comments:
Post a Comment